Proses Berinai..

Inai sewajarnya diaplikasikan sekurang-kurangnya sehari sebelum Majlis Akad Nikah atau Majlis Bersanding berlangsung. Hasil Output inai ini bergantung pada darah & suhu badan individu. Very unpredictable. Ada setengah pengantin tak berapa merah pekat. Dan ada yang merah menyala dan hampir merah gelap. Kebanyakan pengantin yang berdarah jenis 'O' bila dilukis hasilnya merah dan cantik. Kebiasaannya pengantin akan buat di rumah dan di dalam bilik supaya apabila selesai diinaikan, pengantin akan terus tidur dan tak bergerak ke mana-mana dah. Dan inai hasilnya merah dan cantik. Pengantin dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja membasuh pinggan atau pakaian. Dinasihatkan juga pengantin untuk menggunakan sudu dan garfu ketika makan dan apabila nak mandi pastikan pengantin telah menyapukan kawasan inai tersebut dengan minyak bayi. Ini untuk mengelakkan ianya menjadi cepat pudar.

~nedhenna~

Saturday, March 26, 2011

berinai Intan wedding..

Hye semua... Semalam ned berinaikan Intan di wangsa maju.. Pagi-pagi dah gerak ke rumah bujang intan..

Intan pilih design terbaru untuk penyeri tangannya dihari bahagia.. :)





Terima kasih Intan kerana menggunakan perkhidmatan nedhenna & Selamat Pengantin Baru..

~Ned~

1 comment:

Intan Maizura Ibrahim said...

tqvm ned...rmi yg puji ckp inai ned lukis cantik sangat2...mmg puas hati..rs mcm nk berinai lg utk majlis sambut menantu nti la..heheh.nti pape hal kite msj ned ok