Proses Berinai..

Inai sewajarnya diaplikasikan sekurang-kurangnya sehari sebelum Majlis Akad Nikah atau Majlis Bersanding berlangsung. Hasil Output inai ini bergantung pada darah & suhu badan individu. Very unpredictable. Ada setengah pengantin tak berapa merah pekat. Dan ada yang merah menyala dan hampir merah gelap. Kebanyakan pengantin yang berdarah jenis 'O' bila dilukis hasilnya merah dan cantik. Kebiasaannya pengantin akan buat di rumah dan di dalam bilik supaya apabila selesai diinaikan, pengantin akan terus tidur dan tak bergerak ke mana-mana dah. Dan inai hasilnya merah dan cantik. Pengantin dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja membasuh pinggan atau pakaian. Dinasihatkan juga pengantin untuk menggunakan sudu dan garfu ketika makan dan apabila nak mandi pastikan pengantin telah menyapukan kawasan inai tersebut dengan minyak bayi. Ini untuk mengelakkan ianya menjadi cepat pudar.

~nedhenna~

Monday, June 6, 2011

Henna Party Datin Annahita Bakavoli & friends...

Assalam semua... Minggu lepas agak busy dengan job berinai hinggakan tak sempat nk update blog..
2 minggu lepas (hari sabtu) ned dapat booking berinai dari Tisya untuk berinaikan bestfriend nyer untuk wedding.. proses berinai dijalankan di The Somerset Seri Bukit Ceylon ... area Jalan Raja Chulan...

Mulanya berinai untuk pengantin, tapi disebabkan wedding pengantin seminggu yang akan datang, proses berinai untuk pengantin tak jadi, sebab ned risau inai akan pudar untuk seminggu yang akan datangnya... Jadi, berinai untuk pengantin bertukar kepada henna party untuk kawan2 pengantin termasuklah dengan adanya Datin Annahitha.. Diorang memang sporting habis, dengan bersari ala2 hindi party.....enjoy...

henna kat belakang badan.. steady diorang nih...




yang tengah2 tu la pengantinnyer..dapat berinai kuku je..







ini dia..Datin Annahitha yang sporting..memang best!!







Datin Annahitha with Ned...saya yang agak selebet sikit..hehe..




Datin Annahitha with my sister a.k.a my assistant..




Datin Annahitha & friends yang sangat sporting...



Terima kasih kepada Datin & friends kerana sudi menggunakan perkhidmatan Nedhenna....


~NED~

No comments: