Proses Berinai..

Inai sewajarnya diaplikasikan sekurang-kurangnya sehari sebelum Majlis Akad Nikah atau Majlis Bersanding berlangsung. Hasil Output inai ini bergantung pada darah & suhu badan individu. Very unpredictable. Ada setengah pengantin tak berapa merah pekat. Dan ada yang merah menyala dan hampir merah gelap. Kebanyakan pengantin yang berdarah jenis 'O' bila dilukis hasilnya merah dan cantik. Kebiasaannya pengantin akan buat di rumah dan di dalam bilik supaya apabila selesai diinaikan, pengantin akan terus tidur dan tak bergerak ke mana-mana dah. Dan inai hasilnya merah dan cantik. Pengantin dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja membasuh pinggan atau pakaian. Dinasihatkan juga pengantin untuk menggunakan sudu dan garfu ketika makan dan apabila nak mandi pastikan pengantin telah menyapukan kawasan inai tersebut dengan minyak bayi. Ini untuk mengelakkan ianya menjadi cepat pudar.

~nedhenna~

Tuesday, March 22, 2011

henna @ masjid india..

Assalam semua... Sabtu minggu lepas ned open table berinai kat pasar malam Jalan Tuanku Abdul Rahman ataupun top dengan nama masjid india.. Ned open table pada hari sabtu sahaja..itu pun kadang2 ned takde..on off je kat sane.. Kat sane ned akan pamerkan banner Nedhenna..so, u all kalau nak carik ned, boleh carik banner ned ni..sure ned ade kat situ jugak.. (^^,)

Banner Nedhenna



Alhamdullillah, sambutan amat menggalakkan..tak menang tangan dibuatnya..syukur... Kat pasar Malam ni, ned open table dengan cas rm5 utk sebelah tangan..tengok pada design juga, kalau crowded cket, mahal cket la..hehee..

Tak sangka jugak, pelancong pun minat berinai ni..dan malam tu, dapat la berinaikan pelancong..excited jugak & enjoy..



pelancong ni peramah sangat..hope dpt jumpe dia lagi.. rase macam dah kenal lame bila borak dengan pelancong ni..walhal baru je kenal..nasib baik die paham bahasa speaking ned..fuh~~
sempat snap pic sorang customer malam tu..tak sempat nak snap pic2 customer yang lain..



ned akan berada di pasar malam jalan TAR betul2 sebelah masjid. Di antara pukul 3 petang sampai 9 malam.. So, kalau senang, moh ler singgah ke table ned ok.. SEE YA...

~Ned~

No comments: