Proses Berinai..

Inai sewajarnya diaplikasikan sekurang-kurangnya sehari sebelum Majlis Akad Nikah atau Majlis Bersanding berlangsung. Hasil Output inai ini bergantung pada darah & suhu badan individu. Very unpredictable. Ada setengah pengantin tak berapa merah pekat. Dan ada yang merah menyala dan hampir merah gelap. Kebanyakan pengantin yang berdarah jenis 'O' bila dilukis hasilnya merah dan cantik. Kebiasaannya pengantin akan buat di rumah dan di dalam bilik supaya apabila selesai diinaikan, pengantin akan terus tidur dan tak bergerak ke mana-mana dah. Dan inai hasilnya merah dan cantik. Pengantin dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja membasuh pinggan atau pakaian. Dinasihatkan juga pengantin untuk menggunakan sudu dan garfu ketika makan dan apabila nak mandi pastikan pengantin telah menyapukan kawasan inai tersebut dengan minyak bayi. Ini untuk mengelakkan ianya menjadi cepat pudar.

~nedhenna~

Monday, December 6, 2010

berinai Sue di rawang

Salam Semua..Lame rasenye tak update blog..nak dekat 2 minggu tak update sebab tarikh2 awal bulan 12 ni ramai yang tempah berinai, jadi lambat sikit update..Maaf ye.... Today, time utk meng'update'... 25 nov ari tu ned berinaikan Sue di bandar tasik puteri, rawang.. Sue nak berinai dengan design yang simple sahaja..




Terima kasih sue kerana memilih perkhidmatan Nedhenna sebagai pelengkap majlis yang bermakna.. Selamat Pengantin Baru..

Jika ned dapat pic henna dari Sue lagi, ned tepekkan dekat sini ok.. ;)

~Ned~

No comments: