Proses Berinai..

Inai sewajarnya diaplikasikan sekurang-kurangnya sehari sebelum Majlis Akad Nikah atau Majlis Bersanding berlangsung. Hasil Output inai ini bergantung pada darah & suhu badan individu. Very unpredictable. Ada setengah pengantin tak berapa merah pekat. Dan ada yang merah menyala dan hampir merah gelap. Kebanyakan pengantin yang berdarah jenis 'O' bila dilukis hasilnya merah dan cantik. Kebiasaannya pengantin akan buat di rumah dan di dalam bilik supaya apabila selesai diinaikan, pengantin akan terus tidur dan tak bergerak ke mana-mana dah. Dan inai hasilnya merah dan cantik. Pengantin dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja membasuh pinggan atau pakaian. Dinasihatkan juga pengantin untuk menggunakan sudu dan garfu ketika makan dan apabila nak mandi pastikan pengantin telah menyapukan kawasan inai tersebut dengan minyak bayi. Ini untuk mengelakkan ianya menjadi cepat pudar.

~nedhenna~

Sunday, January 8, 2012

TERIMA KASIH


ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA SEMUA!!!

Di sini Nedhenna ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada semua pengantin yang menggunakan perkhidmatan Nedhenna pada tahun lepas iaitu 2011 yakni lebih kurang 300 orang pengantin.. Dan terima kasih juga kepada blogger2, rakan2 dan semua yang sentiasa menyokong Nedhenna. 

TERIMA KASIH yang tidak terhingga diatas sokongan anda.. 
{macam menang award pulak...hehehe}

oh ya, kepada bakal2 pengantin yang akan diinaikan oleh Nedhenna, get ready ya..

see ya.. ^_^



No comments: