Proses Berinai..

Inai sewajarnya diaplikasikan sekurang-kurangnya sehari sebelum Majlis Akad Nikah atau Majlis Bersanding berlangsung. Hasil Output inai ini bergantung pada darah & suhu badan individu. Very unpredictable. Ada setengah pengantin tak berapa merah pekat. Dan ada yang merah menyala dan hampir merah gelap. Kebanyakan pengantin yang berdarah jenis 'O' bila dilukis hasilnya merah dan cantik. Kebiasaannya pengantin akan buat di rumah dan di dalam bilik supaya apabila selesai diinaikan, pengantin akan terus tidur dan tak bergerak ke mana-mana dah. Dan inai hasilnya merah dan cantik. Pengantin dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja membasuh pinggan atau pakaian. Dinasihatkan juga pengantin untuk menggunakan sudu dan garfu ketika makan dan apabila nak mandi pastikan pengantin telah menyapukan kawasan inai tersebut dengan minyak bayi. Ini untuk mengelakkan ianya menjadi cepat pudar.

~nedhenna~

Wednesday, January 11, 2012

1st new design Nedhenna in 2012..


Selamat malam semua...

tengah2 malam nak update pic new design, sebab baru je lepas berinaikan tangan sendiri tadi utk design terbaru Nedhenna...

Ned minta maaf sebab dah lama tak update new design sebab agak sibuk sikit dengan berinai dan kerja.. Jadi awal tahun ni ada la sikit masa terluang untuk create design baru...


ok..inilah design yang tercetus tadi...


Ned lukis atas tapak tangan, tapi boleh juga di lukiskan di atas tangan....






lepas inai ditanggalkan..






insyaAllah, design2 baru bakal ada dalam masa terdekat ni, Ned akan update dari semasa ke semasa ok...




~NED~






No comments: