Proses Berinai..
Inai sewajarnya diaplikasikan sekurang-kurangnya sehari sebelum Majlis Akad Nikah atau Majlis Bersanding berlangsung. Hasil Output inai ini bergantung pada darah & suhu badan individu. Very unpredictable. Ada setengah pengantin tak berapa merah pekat. Dan ada yang merah menyala dan hampir merah gelap. Kebanyakan pengantin yang berdarah jenis 'O' bila dilukis hasilnya merah dan cantik. Kebiasaannya pengantin akan buat di rumah dan di dalam bilik supaya apabila selesai diinaikan, pengantin akan terus tidur dan tak bergerak ke mana-mana dah. Dan inai hasilnya merah dan cantik. Pengantin dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja membasuh pinggan atau pakaian. Dinasihatkan juga pengantin untuk menggunakan sudu dan garfu ketika makan dan apabila nak mandi pastikan pengantin telah menyapukan kawasan inai tersebut dengan minyak bayi. Ini untuk mengelakkan ianya menjadi cepat pudar.
~nedhenna~
Wednesday, June 30, 2010
drawing henna for Farah Liyana..
3, 2, 1..mula..
TADA!! siap dah..
selepas inai yang dah kering di kesat...
maka...tunggu utk keesokkan harinya...---------
siap untuk ke gerbang perkahwinan..
sign yer..jgn tak sign.. (^^,)
akhirnya...suami isteri yang sah...
Selamat Pengantin Baru Farah...Semoga Berbahagia hingga ke akhir hayat...Dan terima kasih juga sbb menggunakan perkhidmatan ned..thanks a lot..
~ned~
berinai untuk Dian Myzara...
sesi berinai utk dian ni pada 24hb Jun..lepas isyak dah sampai umah dian..design bilik tidur pengantin meletop abes..cun2...tak boleh nk snap pic bilik tu, hakmilik designer tu..mmg cantik..
sesi berinai bermula..
kesian pengantin...sampai bengkok2 jari nk berinai... ;)
done~~
anyway, thanks dian sbb menggunakan perkhidmatan ned.. & selamat pengantin baru dian....Semoga berbahagia selalu...
~ned~
majlis berinai kakak ned (aween)..
start berinai sehari sblom majlis, di bilik hostel wanita kat masjid tu..Alhamdullillah..semuanya berjalan lancar...
dan..design inilah yang kakak ned pilih...
di hari pernikahan..
sah bergelar isteri..see my henna design.. ;)
upacara membatalkan air sembayang...
dan..ini saye..sebok nk posing2 jugak..dgn anak buah..Jannah (luv u..muah)
semoga berbahagia selalu yer kak...
ned..
Friday, June 18, 2010
henna at fazura; 19hb June 2010; Sepang..
Wednesday, June 16, 2010
henna art_dila
Tuesday, June 15, 2010
my sis engagament...
ni dia..
dek kerana bz time kakak ned btunang, xdpt nk snap pic henna tu dekat2..lupe...huhu..pic dari jauh je ade ni..jadi la kan...
semoga berbahagia selalu...Dan, ahad ni, 20/6 ni, akak ned kawen, maka adiknyer ni la yg buatkan lukis henna kat beliau jugak..Semoga semuanya berjalan lancar..Amin..
henna engagement..my cousin..
tada!! ni la orgnyer...my cousin..
saat debaran..tapi buat2 cool jer..
kemuncak....
cik siti, tasha & cik atip..~my family forever..
semoga kalian berbahagia selalu...
mase cousin ned ni kawen January 2010 ari tu pon, ned yg inaikan dia...tapi pic2 die lum dpt lagi...nnti dah dpt, ned upload kat sini...
Tuesday, June 8, 2010
Friday, June 4, 2010
info Henna..
1. Hukum asal perhiasan tubuh wanita adalah diizinkan syarak selagi tiada dalil yang melarangnya, ini termasuklah menggunakan inai.
2. Hanya warna yang bersifat kekal sahaja yang dilarang ini seperti tatoo, kerana itu washimah seperti yang disebut dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim: “Nabi s.a.w melarang pembuat tatoo dan yang minta ditatookan”. Maka dengan itu, sebarang lukisan yang tidak kekal termasuk inai tidak termasuk dalam larangan tersebut.
3. Namun begitu, jika lukisan itu menggambarkan ciri-ciri yang buruk seperti perlambangan bagi sesuatu ajaran sesat, atau kumpulan jahat atau seumpamanya, maka itu adalah dilarang oleh Islam. Ini kerana Islam mementing penampilan diri yang dibersih dari penonjolan unsur-unsur negatif dan jahat. Sabda Nabi s.a.w “Bukan dari kalangan kita sesiapa yang meniru selain kita” (Riwayat al-Tirmizi, sahih). Juga sabda baginda: “Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan mereka” (Riwayat Abu Daud, sahih).
4. Apa-apa sahaja perhiasan diri wanita yang boleh menambat hati suami dan mengeratkan hubungan rumah tangga adalah digalakkan oleh syarak termasuk inai dan mewarnakan rambut.