Proses Berinai..

Inai sewajarnya diaplikasikan sekurang-kurangnya sehari sebelum Majlis Akad Nikah atau Majlis Bersanding berlangsung. Hasil Output inai ini bergantung pada darah & suhu badan individu. Very unpredictable. Ada setengah pengantin tak berapa merah pekat. Dan ada yang merah menyala dan hampir merah gelap. Kebanyakan pengantin yang berdarah jenis 'O' bila dilukis hasilnya merah dan cantik. Kebiasaannya pengantin akan buat di rumah dan di dalam bilik supaya apabila selesai diinaikan, pengantin akan terus tidur dan tak bergerak ke mana-mana dah. Dan inai hasilnya merah dan cantik. Pengantin dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja membasuh pinggan atau pakaian. Dinasihatkan juga pengantin untuk menggunakan sudu dan garfu ketika makan dan apabila nak mandi pastikan pengantin telah menyapukan kawasan inai tersebut dengan minyak bayi. Ini untuk mengelakkan ianya menjadi cepat pudar.

~nedhenna~

Wednesday, September 5, 2012

berinai Yana wedding..





Sabtu lepas, ned & crew ke Teluk Intan, Perak untuk berinaikan Yana untuk majlis perkahwinan beliau...


Alhamdullillah berjalan dengan lancar walaupun dengan sarat mengandung ni..








Terima kasih Yana kerana menggunakan perkhidmatan Nedhenna & Selamat Pengantin Baru...



************

InsyaAllah, mula dari minggu ni (awal bulan September) sehingga awal bulan Disember, semua program berinai akan di attend oleh Crew2 Nedhenna.. Dan insyaAllah juga Ned akan kembali beroperasi berinai ni pertengahan bulan Disember bersama-sama dengan crew.. 



~NED~




No comments: