Proses Berinai..

Inai sewajarnya diaplikasikan sekurang-kurangnya sehari sebelum Majlis Akad Nikah atau Majlis Bersanding berlangsung. Hasil Output inai ini bergantung pada darah & suhu badan individu. Very unpredictable. Ada setengah pengantin tak berapa merah pekat. Dan ada yang merah menyala dan hampir merah gelap. Kebanyakan pengantin yang berdarah jenis 'O' bila dilukis hasilnya merah dan cantik. Kebiasaannya pengantin akan buat di rumah dan di dalam bilik supaya apabila selesai diinaikan, pengantin akan terus tidur dan tak bergerak ke mana-mana dah. Dan inai hasilnya merah dan cantik. Pengantin dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja membasuh pinggan atau pakaian. Dinasihatkan juga pengantin untuk menggunakan sudu dan garfu ketika makan dan apabila nak mandi pastikan pengantin telah menyapukan kawasan inai tersebut dengan minyak bayi. Ini untuk mengelakkan ianya menjadi cepat pudar.

~nedhenna~

Friday, July 27, 2012

Nedhenna di Sinar Harian...



Assalamualaikum & Selamat menyambut Ramadhan yang ke 8.. semoga semuanya berpuasa ye..

Ikutkan entry ni ned nak update dari sebelum puasa hari tu, tapi sibuk sikit, jadi update hari ni la...



2 minggu sebelum menyambut Ramadhan, wartawan dari akhbar Sinar Harian ade call ned untuk buat liputan tentang bisnes Nedhenna.. sesi temubual hanya dilakukan ditelefon je.. mudahkan.. :D

Alhamdullillah, seminggu lepas tu artikel tentang Nedhenna keluar akhbar Sinar Harian pada 10 Julai 2012..


Ned tepek kat sini keratannye ye....


*maaf, tulisan agak kabur, snap gune camera handphone je...huhu




tahniah diucapkan jugak kepada crew2 Nedhenna yang bertungkus lumus memajukan Nedhenna...

Dan sekali lagi terima kasih kepada Sinar Harian kerana sudi keluarkan artikel tentang Nedhenna untuk ruangan bisnes online...






~NED~



No comments: