Proses Berinai..

Inai sewajarnya diaplikasikan sekurang-kurangnya sehari sebelum Majlis Akad Nikah atau Majlis Bersanding berlangsung. Hasil Output inai ini bergantung pada darah & suhu badan individu. Very unpredictable. Ada setengah pengantin tak berapa merah pekat. Dan ada yang merah menyala dan hampir merah gelap. Kebanyakan pengantin yang berdarah jenis 'O' bila dilukis hasilnya merah dan cantik. Kebiasaannya pengantin akan buat di rumah dan di dalam bilik supaya apabila selesai diinaikan, pengantin akan terus tidur dan tak bergerak ke mana-mana dah. Dan inai hasilnya merah dan cantik. Pengantin dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja membasuh pinggan atau pakaian. Dinasihatkan juga pengantin untuk menggunakan sudu dan garfu ketika makan dan apabila nak mandi pastikan pengantin telah menyapukan kawasan inai tersebut dengan minyak bayi. Ini untuk mengelakkan ianya menjadi cepat pudar.

~nedhenna~

Thursday, April 19, 2012

henna on my hand...


Assalamualaikum...

Dek kerna mabuk dah beransur ok, gatal2 duk berinaikan tangan sendiri kat opis pagi ni...


saje2 draw design lebih kurang macam ayu raudhah tu..


actually ned draw di bahagian tapak tangan, tapi untuk design macam ni boleh jugak draw untuk bahgian atas tangan...






ni pulak design baru... lebih kurang macam design yang ned dah ade sebelum ni, tapi diubahkan sikit.. kira baru jugak la kan...ehehehe




yang ni gambar selepas... merah menyala.. suke3... :)




ok, InsyaAllah, design2 baru akan diterbitkan lagi nanti.. masih dalam buah fikiran lagi.. almaklum la sibuk sikit dengan kerja hakiki, jadi untuk ilhamkan design baru agak terbantut sket buat masa ni.. Jangan risau, design baru Nedhenna akan muncul jugak dalam masa terdekat ni.. tunggu ya..



~NED~





No comments: