Proses Berinai..

Inai sewajarnya diaplikasikan sekurang-kurangnya sehari sebelum Majlis Akad Nikah atau Majlis Bersanding berlangsung. Hasil Output inai ini bergantung pada darah & suhu badan individu. Very unpredictable. Ada setengah pengantin tak berapa merah pekat. Dan ada yang merah menyala dan hampir merah gelap. Kebanyakan pengantin yang berdarah jenis 'O' bila dilukis hasilnya merah dan cantik. Kebiasaannya pengantin akan buat di rumah dan di dalam bilik supaya apabila selesai diinaikan, pengantin akan terus tidur dan tak bergerak ke mana-mana dah. Dan inai hasilnya merah dan cantik. Pengantin dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja membasuh pinggan atau pakaian. Dinasihatkan juga pengantin untuk menggunakan sudu dan garfu ketika makan dan apabila nak mandi pastikan pengantin telah menyapukan kawasan inai tersebut dengan minyak bayi. Ini untuk mengelakkan ianya menjadi cepat pudar.

~nedhenna~

Wednesday, February 29, 2012

Pengumuman..... (^_^)v


Assalamualaikum semua...

kebelakangan ni Ned lambat sket update blog.. maaf sangat sebab ini adalah dek kerana faktor kesihatan yand tidak mengizinkan..hehe (macam kronik sangat..)

Alhamdullillah, Ned baru disahkan pregnant nak masuk 2 bulan..Syukur sangat...
Job berinai masih diteruskan dengan bantuan crew2 Nedhenna...
Jadi, untuk beberapa sesi berinai pengantin, kemungkinan akan di attend oleh crew Nedhenna samada Lyn ataupun Yakeen... Jangan risau, hasil tangan mereka lebih kurang sama dengan Ned...

Doakan semua sesi berjalan dengan lancar dan doakan Ned selamat mengharungi liku2 alam hamil dan bersalin dengan jayanya ya.. Lepas tu boleh sambung job berinai balik.. :)


Ok, harap sangat semuanya berjalan lancar...




~NED~



2 comments:

Zuramir said...

Tahniah Ned... hope u remember me... hehehe

nadia_fendy said...

booking brape hb?