Proses Berinai..

Inai sewajarnya diaplikasikan sekurang-kurangnya sehari sebelum Majlis Akad Nikah atau Majlis Bersanding berlangsung. Hasil Output inai ini bergantung pada darah & suhu badan individu. Very unpredictable. Ada setengah pengantin tak berapa merah pekat. Dan ada yang merah menyala dan hampir merah gelap. Kebanyakan pengantin yang berdarah jenis 'O' bila dilukis hasilnya merah dan cantik. Kebiasaannya pengantin akan buat di rumah dan di dalam bilik supaya apabila selesai diinaikan, pengantin akan terus tidur dan tak bergerak ke mana-mana dah. Dan inai hasilnya merah dan cantik. Pengantin dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja membasuh pinggan atau pakaian. Dinasihatkan juga pengantin untuk menggunakan sudu dan garfu ketika makan dan apabila nak mandi pastikan pengantin telah menyapukan kawasan inai tersebut dengan minyak bayi. Ini untuk mengelakkan ianya menjadi cepat pudar.

~nedhenna~

Tuesday, May 3, 2011

nedhenna new design.

Selamat Malam sumer..malam ni teringin nak berinaikan tangan sendiri.. maka, tanpa rasa was2 ned berinaikan tangan sendiri tadi...tercetus la design baru...



hasilnya..




merah kan...i like.. jadi, harus tunggu sehingga inai kering baru boleh dikupas tanpa menggunakan air. Jika anda membasuh inai (tidak kering), maka inai akan menjadi comot. Oleh itu, wajib menjaga tiap pergerakan anda. WAJIB; kerana untuk hasil yang memuaskan.. Sekali sekala berkorban untuk cantik..tak salah kan.. (^^,)

kepada bakal2 pengantin yang bakal diinaikan Ned, get ready ya..

~Ned~

No comments: